07 February 2011

Sejarah Unit SkillsMalaysia, CIAST

pada tahun 2007, setelah perjawatan perubahan struktur organisasi CIAST diluluskan oleh JPA pada tanggal 1 April 2007, maka tertubuhnya unit Pembangunan Tenaga Pakar Negara. oleh kerana kekurangan staf, unit ini masih kosong sehingga November 2009.

bermula pada 2 November 2009, unit ini mula bergerak dengan tugas membuat analisa keperluan tenaga pakarpengajar di peringkat CIAST dahulu. tugas lain adalah melaksanakan segala pertandingan kemahiran yang dilaksanakan di CIAST. Dengan kekuatan seramai 2 orang, kami teruskan usaha dengan bantuan shabat-handai yang lain.

pada tahun 2011, unit ini telah diberi nafas baru sejajar dengan hasrat PM, mengarusperdanakan latihan kemahiran di malaysia. nama unit telah ditukar kepada Unit SkillsMalaysia selari dengan unit skillsmalaysia di ibupejabat.

kami akan berusaha untuk berjuang dalam memartabatkan latihan kemahiran di malaysia agar setaraf dan setanding dengan negara maju.

No comments:

Post a Comment