Pertandingan MySkills
Pertandingan MySkills adalah satu pertandingan kemahiran untuk meningkatkan kekompetenan dan daya saing dikalangan pengajar kemahiran awam dan swasta dalam usaha memberikan pengiktirafan kepada tenaga pengajar kemahiran. Pertandingan yang julung kali di negara ini merupakan pertandingan kemahiran tenaga pengajar yang pertama diadakan di peringkat Asia Pasifik.
Pertandingan anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran ini mula diperkenalkan pada tahun 2007, sebanyak 12 bidang kemahiran yang dipertandingkan dan penyertaan terbuka kepada tenaga pengajar di institut latihan kemahiran awam dan swasta. Dengan adanya pertandingan ini, pengajar dapat bersaing secara positif untuk menunjukkan kemahiran yang terbaik disamping mendapat pengiktirafan dan ganjaran yang ditawarkan. Pengajar juga mendapat pendedahan dari segi teknologi dan kurikulum yang terkini selaras dengan negara luar melalui soalan-soalan yang diberi. Secara tidak langsung, tenaga pengajar berpeluang mewakili negara dalam bidang pertandingan kemahiran diperingkat antarabangsa seperti ASEAN Skills Competition (ASC) dan World Skills Competition (WSC)
Visi
Meningkatkan kualiti dan kekompetensi tenaga pengajar bertaraf dunia melalui Pertandingan MySkills.
Misi
i. Menggalakkan tenaga pengajar untuk meningkatkan kemahiran melalui pertandingan;
ii. Menilai keberkesanan program latihan kemahiran di Malaysia;
iii.Meningkatkan pemahaman orang awam dan membudayakan kerja berteraskan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi; dan
iv.Menggalakkan penglibatan dan komitmen tenaga pengajar serta industri untuk menyertai pertandingan kemahiran.
Objektif Pertandingan
1. Memberi pengiktirafan dan meningkatkan kekompetenan pengajar kemahiran
2. Melahirkan pengajar yang mempunyai daya saing dan mutu kerja yang setaraf di peringkat antarabangsa (world-class instructor)
Syarat-syarat Permohonan
1. Warganegara Malaysia ; dan
2. Mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang yang dipertandingkan tidak kurang dari 4 tahun;
3. Terbuka kepada semua pengajar kemahiran kecuali urusetia dan panel hakim yang terlibat di dalam pertandingan;
4. Telah mendapat kebenaran dan sokongan daripada majikan untuk menyertai pertandingan;
5. Pemenang Platinum, Emas dan Perak dalam bidang yang sama tidak layak menyertai pertandingan dalam tempoh berikut iaitu Platinum (3 kali), Emas (2 Kali) dan Perak (1 Kali) - Urusetia, panel penggubal soalan dan panel hakim yang terlibat di dalam pertandingan
Prosedur Permohonan
Peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu memohon secara online melalui laman web www.dsd.gov.my. atau melalui iklan di akhbar utama. Borang penyertaan perlu dikembalikan kepada pihak jabatan sebelum tarikh tutup iklan beserta bayaran sebanyak RM100.00 bagi setiap penyertaan
Penganugerahan
Peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir layak menerima hadiah dan wang tunai seperti berikut :
Platinum - Piala, Sijil dan RM10 000.00
Emas - Sijil dan RM7 000.00
Perak - Sijil dan RM5 000.00
Gangsa - Sijil dan RM3 000.00
Sijil Kecemerlangan - Sijil Kecemerlangan dan RM500.00
No comments:
Post a Comment