09 November 2011

Keputusan Kontinjen Malaysia WSC London 2011

PENCAPAIAN NEGARA DI WORLDSKILLS COMPETITION (WSC) 2011, LONDON

Pertandingan pada tahun ini adalah penyertaan kali ke-10 negara sejak tahun 1993. Bagi pertandingan kali ini, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengambilalih tanggungjawab daripada Kementerian Kerja Raya dalam mengurus dan menyelaras penyertaan negara.
Pertandingan kemahiran ini desertai oleh 51 buah negara yang melibatkan 945 peserta dan 910 pakar dari seluruh dunia. Pertandingan ini diadakan di ExCel, London, United Kingdom dari 5 hingga 8 Oktober 2011 dan pada tahun ini menyaksikan peserta Malaysia bertanding  dalam 10 bidang kemahiran iaitu:
  1. Mechatronics
  2. Automobile Technology
  3. Beauty Therapy
  4. Cabinetmaking
  5. Cooking
  6. IT Network Systems Administration
  7. Welding
  8. Electrical Installations
  9. Refrigeration and Air Conditioning
  10. Plumbing and Heating
Berikut merupakan peserta negara yang bertanding dan pencapaian mereka dalam bidang masing-masing:
keputusan wsc 2011 london
*Untuk keputusan penuh sila klik di sini.

Kontinjen Malaysia ke WSC 2011 telah diketuai oleh YB Senator Dato’ Maznah binti Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia yang terdiri daripada:
  • YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia selaku wakil rasmi di WSC  
  • YBhg Dato’ Nasir bin Mat Dam, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBrs Dr Pang Chau Leong, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran selaku pemerhati rasmi di WSC  
  • En. Ghalip bin Spahat dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) selaku delegasi teknikal 
  • Yang Mulia Tengku Mohd Amin bin Tuan Sulaiman dari Kementerian Kerja Raya selaku pembantu delegasi teknikal  
  • En. Mohamad Farith bin Adnan dari JPK dan En. Muhamad Ammar Fahmi bin Senan dari KKR selaku pengurus pasukan 
  • sebelas (11) orang peserta 
  • sepuluh (10) orang pakar  
  • lima (5) orang interpreter 
  • 17 orang observer dari pelbagai agensi awam dan swasta 
Pertandingan kali ini menghasilkan pencapaian terbaik negara sepanjang penyertaan ke WSC sejak tahun 1993. Pencapaian ini membuktikan negara mempunyai tenaga kerja mahir yang mampu bersaing dan berjaya di peringkat dunia.
Sesungguhnya pertandingan pada kali ini memberikan pelbagai pengalaman yang berguna kepada negara. Pengalaman ini akan digunakan sebagai persediaan negara ke pertandingan WSC yang akan datang di Leipzig, Germany pada tahun 2013. ( Sumber dsd.gov.my)

No comments:

Post a Comment