31 January 2011

Latihan Intensif Peserta WSC(World Skills Competition)

Latihan untuk peserta yang menyertai WSC telah bermula pada bulan januari 2011. Bidang yang terlibat adalah Bidang Mekatronik , Bidang Automobile Technologydan bidang masakan. 3 orang peserta dari bidang Mekatronik , 2 orang dari bidang Automobile Technology dan seorang dari bidang masakan. Peserta ini menjalani latihan intensif di syarikat swasta. Syarikat swasta yang terlibat adalah PROTON untuk Automobile Technology, manakala Mekatronik pula adalah syarikat Flexlink Automation Sdn.Bhd dan masakan pula adalah Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur.

Latihan bagi bidang Mekatronik berjalan selama 3 bulan, iaitu dari januari sehingga bulan mac. Manakala bagi bidang Automobile berjalan selama 9 bulan, dari Januari sehingga September 2011 dan bidang masakan pula dari 7 Februari hingga 29 Julai 2011.

Semoga dengan latihan yang diberikan, dapat memberikan semangat dan pengalaman yang berharga untuk peserta Malaysia sebagai persiapan bertarung di persada antarabangsa..

Semoga berjaya

No comments:

Post a Comment