Pertandingan Kemahiran peringkat ASEAN kali ke-8 akan diadakan di Bangkok, Thailand bermula pada 17-23 November 2010. Seramai 100 orang delegasi daripada Malaysia akan bertolak ke Bangkok mulai 14/11 dan pulang kembali ke tanahair pada 24/11. Sebanyak 18 bidang yang akan disertai oleh negara kita dan impian memburu emas pada temasya ini sudah terasa bahangya. Doa dan harapan kepada semua rakyat Malaysia agar dapat sama-sama membantu dan menyokong para peserta yang akan bertanding dengan semangat 1 Malaysia.
Pelbagai Agensi yang terlibat seperti KSM, KKR, JPK, JTM, MARA, GIAT MARA, KBS, PPLB dan sebagainya turut menyertai pertandingan ini.
No comments:
Post a Comment